Glitter Words

HTML code








Friday, 16 March 2012

bismillahirrahmanirrahim....

alhamdulillah..hr ni br berkelapangan nak update blog setelah berbulan2...uhu
td baru dapat resepi cheese cake dr Ain Amir
sabtu ni nak try wat.
jd x jadi,lain cite...
tp,byk nak kene wat sabtu nih:


             1) nak g kusus kain felt
             2) wat cake utk faris
             3) wat coklat rose utk faris jgk...
             4) g tgok umah mane2 tau ade yg murah utk  
                 dibeli


wah,sempat ke kalu sume sabtu????ahah




alang2,ni resepi oreo cheese cake + kiwi dr Ain Amir:






Bahan2:

250gm cheese cream (I used brand Philadelphia)
200ml natural low fat yogurt
3 sudu besar tepung red rose (tepung gandum pon boleh)
2 biji telur
90gm gula
30 keping biskut oreo (2 plastik bungkusan tu)
1 penutup esen vanila
1/4 cawan butter (3 sudu besar)
Aluminium foil

Hiasan:

Buah strawberi
Strawberi filling (aku eja 'feeling' tadi. boleh? haha)/ jem strawberi.

Cara2:

*pre-heat oven 180 degree.

Base:

1. Pecah2kan oreo tadi, kalo rajin buang isi putih dia. Tips: masokkan dalam plastik then tumbuk2 guna lesung batu.
2. Bahagi 2 oreo (1 bhgn utk base, 1 bhgn untuk bubuh dalam adunan)
2. Gaulkan oreo hancur tadi dengan butter.
3. Tekan dalam loyang yang dah gris & alas.
4. Bakar 7 minit, ketepikan.

Adunan kek:

1. Pukul cream cheese, gula, esen vanila dalam speed medium, hingga sebati.
2. Masukkan yogurt, pukul sebati.
3. Masukkan telur satu persatu, pukul sebati.
4. Masukkan oreo hancur yg setengah tadi dalam adunan, kaup balikkan.
5. Masukkan strawberi yang dah potong dadu dalam adunan, kaup balikkan.
6. Ok, adunan dah siap.

Bakar:

1. Bakar secara steam-bake. Aku bubuh satu dulang berisi air (seelok2nya air panas) kat bhgn bawah oven, kira loyang cheese cake 1 upper level dari dulang ni la.

Ade gak yang letak loyang adunan dalam loyang lain yang berisi air, just make sure air kat luar tu xmasok dalam adunan kek la.

2. Oven tu make sure api on atas bawah dan letak loyang kat bahagian paling bawah.
3. Bakar selama 45 minit, 170degree, hingga bhgn tengah betul2 masak.
(Tips: cucuk dgn lidi/chopstick)

after 45 min: (the most exciting part sbb dah ade rupa !!)

4. Tutup cheese cake dengan aluminium foil untuk elak terlebih kuning.
5. Sekarang guna api bawah je, bakar lagi dalam 15 minit.
6. Dah siap, switch off oven, biar kek dalam oven setengah jam ke sejam. bukak pintu oven sket.
7. Dah tu, hiaskan dengan sapu strawberi filling & hirisan strawberi.
8. Simpan dalam peti ais selama 4 jam atau semalaman untuk nak make sure kek betul2 padu.

Tips: Kalau nak potong, celup pisau dalam air panas dulu, lap then baru potong kek. (aku tengok blog orang. haha).

Notes:

1. Actually kek ni cam rapuh sikit time baru masak tu. Then dah chill 1 nite baru ok.
2. Boleh gak bubuh lemon sikit, tapi aku dah ganti dengan strawberi tu, masam sikit. hehe.
3. Rase dia: Alhamdulillah sedap. Seriously =) (nak2 kalo ade org support strawberi. ngeh2)